Riadah Amal "Wake Up & Hike @ Gunung Keriang"
Riadah Amal Wake Up & Hike @ Gunung Keriang
Sejak seluruh dunia ditimpa musibah wabak Covid-19 banyak aktiviti riadah tidak dapat dijalankan. Pertemuan untuk berhibur juga terhalang bagi mengekang penularan Wabak Covid-19. Situasi ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang sangat membosankan dan tidak aktif.
Kini beberapa aktiviti luar telah mendapat kebenaran untuk dilakukan. Antara salah satunya adalah aktiviti mendaki @ Hiking di bukit dan gunung dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Justeru, Krayon for Society Organisation (Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat) mengambil peluang ini dengan menganjurkan projek riadah dan amal.Projek Wake Up & Hike adalah aktiviti mendaki sambil menyumbang ke Tabung #SenyumanRamadan bagi membantu golongan asnaf semasa bulan Ramadan yang akan datang.
Kenapa Wake Up?
Setelah sekian lama kita dibelenggu dengan pelbagai ujian kini adalah waktu kita kembali bangkit untuk membina kehidupan yang lebih baik. Ia bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga buat orang lain.

Kenapa Hike?
Dengan melakukan aktiviti pendakian bersama Krayon for Society ini anda bukan sahaja dapat membina semula kehidupan yang sihat dan lebih aktif. Malahan anda juga akan dapat membantu mereka yang terkesan teruk akibat Covid-19 untuk kembali bangkit membina kehidupan yang lebih bersemangat.
Tahukah anda?
Melalui penyertaan anda di dalam projek ini secara tidak langsung anda telah memberikan sumbangan buat insan-insan yang dalam kesusahan sewaktu bulan Ramadan yang akan datang.
Projek serampang 2 mata :-
1- Menjadikan masyarakat kembali aktif
2- Mengumpulkan dana sumbangan Tabung #SenyumanRamadan

Untuk projek ini kami menyasarkan penyertaan seramai 50 orang peserta. Mereka yang menyertai projek ini akan mendapat :-
- Baju jersi "HUMANITARIAN WORK NEVER STOP"
- Sijil Penyertaan
- Medal
- Sarapan pagi
- Resit sumbangan ke Tabung #SenyumanRamadan


Besarlah harapan kami agar rakyat Malaysia dapat menyokong usaha ini dan menyajakan misi yang digerakkan oleh Krayon for Society Organisation untuk mencapai sasaran RM300,000.00 bagi mengumpulkan dana Tabung #SenyumanRamadan.
Pada saat inilah masyarakat harus tampil bersama memikul peranan membela dan menyantuni mereka yang sedang dihimpit kesusahan. Krayon4Society berharap melalui usaha ini akan sedikit sebanyak dapat membendung daripada bertambahnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat serta akan dapat menjadikan bulan Ramadan yang akan datang menjadi lebih bermakna buat kita semua.
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.
(HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36)
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM70.00 seorang.
Maklumat program adalah seperti berikut :-
| Nama projek | Wake Up & Hike |
| Tarikh | 5 Mac 2022 (Sabtu) |
| Lokasi | Gunung Keriang, Alor Setar Kedah |
| Masa | 7.00 pagi - 11.30 pagi |
Krayon4Society merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong usaha ini.
Sebarang persoalan boleh menghubungi terus sukarelawan bertugas di talian +6019- 333 1642 (Bro Shauqi) & +6019 -505 1838 (Bro Hafis)
Anda juga boleh mengikuti perkembangan bantuan dan gerak kerja kemanusiaan yang dijalankan oleh NGO Krayon4Society Organisation melalui laman media sosial kami iaitu :-
1- Facebook Page @krayon4society
2- Instagram @krayon4society
3- Twitter @krayon4society